Contoh Surat Kebenaran Majikan Pembantu Rumah Cuti

Here is sample of letter for maid balik kampung prepared by employer;

Date/Month/Year

U/P: Pihak yang Berkenaan

Tuan,

KEBENARAN PULANG BERCUTI BAGI PEMBANTU RUMAH

NAMA                                                 : Mrs. Jane

PASSPORT INDONESIA             : XXNOXX

Merujuk perkara di atas, saya dengan ini memberi kebenaran untuk bercuti selama 2 bulan dari tarikh berangkat pulang ke Indonesia (date) sehingga tarikh pulang ke Malaysia (date) kepada pembantu rumah saya yang namanya dinyatakan di atas. Berikut adalah maklumat penerbangan beliau;

Bil Penerbangan AirAsia Tarikh
1 Kuala Lumpur, Malaysia ke Surabaya, Indonesia (flight no) Date
2 Surabaya, Indonesia ke Kuala Lumpur, Malaysia (flight no) Date

Sukacita pihak Tuan dapat permudahkan urusan beliau dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dan kembali semula ke Malaysia untuk kembali bertugas dengan selamat tanpa ganguan dan apa jua halangan.

Sepanjang pengetahuan saya, tidak wujud undang-undang bertulis Negara Indonesia yang mewajibkan apa jua pembayaran tambahan dibuat oleh pembantu rumah yang pulang sekiranya kepulangan pembantu rumah tidak disertai dengan surat pengesahan cuti dari majikan berdasarkan hujah bahawa hal ehwal pemberian cuti adalah urusan peribadi untuk pengesahan pembantu rumah dengan pihak Imigresen Malaysia sahaja dan ianya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak di Indonesia.

windmill genting highlands 6 pax 2 rooms with balcony
Advertisement ~ Genting Highlands ~ 6 pax ~  2 rooms with balcony

Seandainya pembantu rumah saya dan/atau rakan-rakannya yang pulang bersama-sama dengannya dikenakan apa jua bayaran tambahan, sila pihak tuan terlebih dahulu mengemukakan dengan jelas, bukti referansi kepada Undang-Undang Ketenagakerjaan Indonesia atau peraturan imigrasi ataupun aturan fiskal Indonesia yang menjadi sumber hukum yang jelas menyokong tindakan menuntut bayaran tambahan tersebut.

Sekiranya wujud undang-undang seperti itu, setiap dan tiap-tiap pembayaran mestilah disokong dengan pengeluaran karcis/ resit rasmi sebagai bukti pembayaran telah dibuat dengan benar yang dikeluarkan oleh pihak tuan. Rujukan adalah dibuat kepada Pasal 23 (2) Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 BAB VIII – HAL KEUANGAN yang menyatakan bahawa “Segala pajak untuk keperluan negara berdasarkan undang-undang’.

Seandainya pihak tuan masih memerlukan apa-apa pengesahan, saya boleh dihubungi ditalian (employer contact number). Segala bantuan dari pihak Tuan dalam memudahkan urusan keluar masuk pembantu rumah saya amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,

…………………………..

Employer name

Salinan pendua: Kedutaan Besar Republik Indonesia, Kuala Lumpur