Periksa Cukai Taksiran Tertunggak Rumah Lelong

Kebanyakan rumah lelong, pembida yang berjaya perlu membayar cukai taksiran yang tertunggak terlebih dahulu sebelum bank yang lelong rumah bayar balik kepada pembida yang berjaya.

Oleh yang demikian, pembida perlulah periksa cukai taksiran yang tertunggak untuk kita sediakan wang tunai yang secukupnya.

Bagaimana Memeriksa Cukai Taksiran Tertunggak Rumah Lelong di Kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam?

1) Ambil no Hakmilik dari POS

Rumah lelong disertakan sekali Proclamation of Sales (POS). Dalam POS ada nombor hakmilik.

rumah lelong contoh no hakmilik dari POS
rumah lelong contoh no hakmilik dari POS

2) Kemudian login ke MyMBSA

Login menggunakan pengguna sedia ada anda. Jika belum ada akaun anda bolehlah buat pendaftaran.

https://www.mymbsa.gov.my/

3) Buat carian Maklumat Harta

Klik myCukai -> Senarai Carian Maklumat Harta -> Permohonan Baharu

mbsa - carian maklumat harta
mbsa – carian maklumat harta

4) Masukkan Maklumat Harta – nombor Hakmilik

Klik seterusnya untuk maklumat peribadi.

carian maklulmat harta - maklumat peribadi
carian maklulmat harta – maklumat peribadi

Pastikan D ada kurungan contoh HS(D) dan space antarata (D) dengan nombor hakmilik untuk memastikan anda berjaya membuat carian harta.

pastikan hakmilik ada kurungan pada huruf D
pastikan hakmilik ada kurungan pada huruf D

Jika berjaya anda akan menjumpai harta yang dicari dan boleh memilih maklumat yang dikehendaki iaitu

i) Carian Maklumat

ii) Penyata Cukai

iii) Bil Cukai

Satu laporan akan dikenakan caj RM20.

jika carian harta berjaya maklumat harta akan dipaparkan
jika carian harta berjaya maklumat harta akan dipaparkan

5) Selepas Membuat Bayaran Anda Akan Dapat Melihat Maklumat Harta

Maklumat harta boleh dipaparkan selepas klik setiap laporan (rujuk garis hijau)

maklumat harta klik untuk paparan -garis hijau
maklumat harta klik untuk paparan -garis hijau

Contoh-contoh Maklumat Harta Yang Anda Boleh Dapat

i.Maklumat Harta

ii. Penyata Cukai

contoh penyata cukai
contoh penyata cukai

iii. Bil Cukai

contoh bil cukai maklumat harta
contoh bil cukai maklumat harta