Beli Rumah Lelong di e-Lelong Kehakiman

Sekali lagi saya akan membeli rumah lelong di e-Lelong Kehakiman. Kali pertama saya membeli rumah lelong ialah pada 23 Januari 2023.

Seperti biasa, daftar rumah lelong yang kita berminat. Selepas daftar, status akan jadi “Pending Payment”.

e lelong kehakiman pending payment
e lelong kehakiman pending payment

Beli Bank Draft & Kempilkan Dengan Bidding Form

Anda kena beli dahulu bank draft dari bank. Penerima hendaklah letak nama planaitif yang tertera pada POS (Proclamation of Sales).

Kemudian cetak “bidding form” selepas anda daftar rumah lelong yang anda hendak bida.

Kempilkan bidding form bersama dengan bank draft.

bank draft and bidding form to pusat operasi e lelong
bank draft and bidding form to pusat operasi e lelong

Hantar Bank Draft ke Pusat Operasi e-Lelong Kehakiman

Beli dua parcel yang mana parcel pertama untuk hantar ke Pusat Operasi e-Lelong Kehakiman di Kuantan dan masukkan lagi satu parcel yang dah dibayar ke alamat sendiri. Jika tidak menang bidaan, Pusat Operasi akan hantar balik bank draft anda menggunakan parcel ini.

2 parcels - one to send to pusat operasi another one to self if fail
2 parcels – one to send to pusat operasi another one to self if fail

Selepas Bank Draft Sampai di Pusat Operasi Lelong, Telefon Pusat Operasi Untuk Aktifkan Bidding Anda

Selepas anda dapat tahu yang bank draft anda telah sampai di Pusat Operasi e-Lelong Kehakiman, anda telefonlah pusat operasi untuk aktifkan bidaan anda.

bank draft arrived at pusat operasi e lelong kuantan
bank draft arrived at pusat operasi e lelong kuantan

Mereka akan aktifkan bidaan anda dalam masa sejam selepas telefon. Status akan bertukar ke “Bid Now” selepas diaktifkan.

pusat lelong activate the bid now
pusat lelong activate the bid now

Tunggu tarikh lelong dijalankan atau anda boleh bid now untuk membeli pada “reserved price”.