Dien telah menyertai Kejohanan Memanah U12 & U15 UPM Open 2025 yang diadakan pada 21 & 22 Jun 2025.
Untuk U12, dua jarak dipertandingkan iaitau 30M (80cm TF) & 20M (80cm TF). Jarak 30M diadakan pada hari Sabtu manakala jarak 20M pada hari Ahad.
Kedudukan Dien dalam Kejohanan Memanah UPM
Dien dapat tempat ke-7 dengan markah sebanyak 1009.

Markah Terperinci Dien Untuk 30M & 20M
Markah 30M
Dien telah banyak “miss” pada N6 kerana kepenatan.

Markah 20M
Pada N5, damper telah dikeluarkan untuk mengurangkan rasa berat mengangkat bow and supaya “bow arm” lagi stabil untuk “aim” ke arah “bullseye”. Selepas itu, markah Dien mula dapat banyak ke arah kuning.
Walaubagaimanapun masih berlaku kesilapan dalam “form”.

Apa Yang Kesilapan & Kelemahan Berlaku Semasa Kejohanan?
1) Dien tidak memeriksa markah dalam score sheet membuatkan dia hilang 6 markah. Selepas dibuat aduan tidak diterima oleh hakim kerana Dien telah menandatangi score sheet tanpa memeriksa
2) Dien tulis 9 macam nombor 4, ini buatkan markah dia jatuh banyak. Alhamdulillah selepas dibuat aduan hakim mengubah ke nombor 9.
3) Pada jarak 30M, Dien telah merasa penat masa N6. Untuk jarak 20M, Dien telah mula rasa penat pada N4. Dia lagi cepat penat dari jarak 30M mungkin kerana penat semalam belum lagi hilang. Kebanyakan penat pada scapula dan jari.
4) Tempo panahan yang tidak konsisten yang mana “shoot” yang laju membuat banyak kesilapan “form” boleh berlaku.
Pembetulan Dari Kesilapan
1) Semasa kejohanan, Dien telah mengeluarkan damper pada stabilizer untuk mengurangkan berat pada N5 jarak 20M. Ini kerana dia merasa penat dan berat untuk memastikan dia dapat “aim” pada bullseye. Selepas membuang damper, markah N5 dan seterusnya terus naik.
2) Untuk jarak 20M pada hari berikutnya, Dien telah memeriksa semua markah dalam score sheet untuk setiap End dan memerika jumlah markah masa End yang terakhir.
3) Kepenatan membuatkan Dien susah nak buatkan “bow” untuk “click”. Ini membuatkan dia gerakan badan lagi banyak membuatkan panah tidak kena pada kuning atau pun terkeluar dari “target face”. Sepatutnnya pada masa ini kena gerakkan “Clicker” ke depan untuk mudah “click”.
Gerakkan “Clicker” ke depan akan membuatkan posisi “full draw” tidak dapat dicapai 100% tapi ini lagi baik dari panah tersasar jauh dari “target face”.
Masalanya “sight” Dien telah terlalu dekat dengan “riser” membuatkan nak letak “clicker” ke depan tidak boleh. Walaubagaimanapun kedudukan “sight” ini adalah dibuat untuk memastikan boleh panah 40M. Jadi ini jarak bawah 40M “sight” akan diletakkan ke depan sikit untuk membolehkan “clicker” letak ke depan bila dah mula penat.

4) Untuk round ke 2 jarak 20M, untuk memperlahankan tempo panahan supaya “form” terjaga, Dien menunggu 5-6 saat untuk panahan berikutnya. Ini mengurangkan kesilapan “form” dan badan dari cepat letih.