Untuk tukar nama TNB kepada pemilik baru secara online amatlah mudah untuk rumah lelong.
TNB Tukar Nama Kepada Pemilik Baru Online (https://www.mytnb.com.my/)
Pastikan anda dapatkan satu salinan bil api akaun lama untuk memudahkan anda merujuk alamat pemasangan api. Ini kerana alamat bil api selalunya tidak sama dengan alamat rumah.
Anda hanyalah perlu login ke TNB Online menggunakan username anda sedia ada. Selepas login, klik “Apply” dan ikutilah langkah-langkah online tersebut.
TNB akan menghantar email untuk meminta dokumen tambahan.
Dokumen Diperlukan
Dokumen yang perlu disediakan untuk tukar nama bagi rumah lelong.
- Kad pengenalan
- Memorandum of Sales (mengantikan S&P)
- Proclaimation of Sales (POS)
Bil Tertunggak Tidak Perlu Dibayar
Pemilik baru tidak perlu membayar jumlah bil tertunggak disebabkan oleh pemilik lama.
Penukaran nama mengambil masa 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan penukaran nama. TNB akan memberikan nombor akaun yang baru.
Deposit
Bayaran deposit sebanyak RM713 akan dikenakan untuk penukaran nama.
Langkah-langkah Penukaran Akaun TNB ke Pemilik Baru Secara Online
Klik “Apply” dekat menu atas kanan.
Masukkan alamat rumah.
Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama dan nombor kad pengenalan.
Masukan maklumat rumah anda.
Kempilkan dokumen yang diperlukan.
Simpan nombor rujukan TNB dan nantikan emel pengesahan dari TNB . TNB akan menukar nama dalam masa 14 hari bekerja.