IWK Permohonan Penukaran Nama Pemilik Akaun Untuk Rumah Lelong Yang Mempunyai Jumlah Tertunggak

Saya telah membeli rumah lelong yang mana mempunyai jumlah tertunggak IWK dalam RM668.

Saya telah menghantar permohonan kepada IWK untuk menukar pemilik akaun IWK ke nama saya dan meminta IWK melupuskan hutang lama pemilik lama.

Cara-cara Permohonan Penukaran Nama Pemilik & Memohon Lupuskan Tunggakan

  1. Sertakan memorandum jualan, POS dan penyata akaun IWK pemilik lama
  2. Kandungan email bolehlah ambil dari screenshot yang disertakan.
  3. Sila hantar permohonan anda ke care@iwk.com.my
  4. IWK akan menukar nama ke nama anda dalam masa sehari. IWK akan menghantar email untuk mengesahkan penukaran nama.
  5. Manakala untuk pelupusan jumlah tertunggak akan mengambil masa dekat 2 bulan. Dalam kes, saya IWK menelefon pada 16 Mac 2023 dan penyata akaun akan dihantar dalam beberapa hari selepas itu.
  6. Jika anda tidak menerima sebarang penyata akaun, bolehlah ‘request’ dekat IWK online.
  7. Selain itu, IWK akan membuat pengiraan pro-rata bayaran yang anda perlu buat kepada IWK. Pengiraan pro rate dikira dari tarikh pembelian rumah lelong.
IWK permohonan tukar nama rumah lelong
IWK permohonan tukar nama rumah lelong
IWK permohonan penukaran nama selesai
IWK permohonan penukaran nama selesai
IWK tunggakan pemilik lama dilupuskan
IWK tunggakan pemilik lama dilupuskan

Kesimpulan

Amatlah mudah untuk menukar nama akaun IWK dan IWK sangat memahami dalam melupuskan hutang tertunggak pemilik lama.