Tukar Paip Lama Yang Berkarat di Gugusan Mawar Kota Damansara

pasang paip baru dari meter

Ahad 11  Oktober, saya telah minta tukang paip untuk tukar paip lama yang berkarat ke paip jenis hansen. Ini kerana yang berkarat yang masuk ke rumah dah paip lama yang dah tersumbat membuat air yang masuk ke rumah agak perlahan.

paip lama yang tersumbat dengan karat
paip lama yang tersumbat dengan karat

Kerja-kerja Tukar Paip

Kerja-kerja tukar paip ini bermula dari pukul 1130 pagi sehinggalah 6 petang yang melibatkan 3 orang tukang paip.

Kerja-kerja yang terlibat ialah:

1) Keluarkan paip lama dengan memotong paip lama dan menarik keluar dari saluran paip.
2) Memasang paip baru jenis hansen dari paip sehingga ke unit Gugusan Mawar di tingkat 3.
3) Menukar bola tangki kerana risau bola tangki yang lama telah dipenuhi karat dan akan rosak tidak lama lagi
4) Pasang stop cock dari paip utama ke tangki untuk memudahkan cuci tangki di masa hadapan. Jadi tidak perlu turun naik untuk tutup paip meter kat bawah
5) Mencuci tangki air yang tidak dibersihkan sejak 10 tahun++ lepas.

 

Ini menyebabkan tangki lambat penuh dan cepat habis.

Kos keseluruhan tukar Paip Ialah:

Kos yang terlibat di atas termasuklah kos pembelian paip ialah sebanyak RM1,200++.

Tukang Paip

Anda boleh menghubungi Rudy untuk mendapatkan quotation terkini. Cuma dia hanya bolehlahkan penukaran paip pada hari Ahad kerana dia membuat kerja ini secara sambilan tapi hasil kerja yang bagus dan seorang yang jujur dalam kerja-kerja paip.