Gugusan Mawar Kota Damansara Tukar Penapis Air

penapis air

Paip di Gugusan Mawar, Kota Damansara adalah lama dan banyak karat dalam paip. Ramai jiran-jiran telah tukar paip besi lama tersebut ke PVC atau hansen paip.

gugusan mawar jiran tukar ke hansen atau pvc paip
gugusan mawar jiran tukar ke hansen atau pvc paip

Saya belum lagi menukar paip kerana masih ada penyewa. Jadi untuk mengurangkan masalah air yang berkarat saya telah meletak penapis air sebelum masuk ke tangki air.

Setiap tahun saya akan menukar penapis air untuk memastikan yang air bersih sentiasa masuk ke tangki air. Ini kerana sebelum ini kepala paip sinki dapur selalu rosak disebabkan banyak debu-debu karat.

Pada 27/4/2024 Sabtu saya telah menukar penapis air di unit saya.

Penukaran Penapis Air

1. Tutup terlebih dahulu punca Air Selangor
2. Buka penapis air mengikut arah lawan jam.
3. Ganti dengan penapis air baru, kemudian ketatkan semula penapis air mengikut arah jam.

tutup stopcock air yang ketiga
tutup stopcock air yang ketiga
buka penapis air ikut arah lawan jam
buka penapis air ikut arah lawan jam
penapis air yang kotor
penapis air yang kotor