Percutian Hari Raya Tahun 2024

raya photo

8/4/2024 (Isnin) – Bertolak dari KL dan Sampai KK

Sewa kereta Toyota Innova dengan Alan dengan bayaran RM160 untuk trip dari Shah Alam ke KLIA.

kereta sewa innova alan ke KLIA
kereta sewa innova alan ke KLIA

Bertolak dari Kuala Lumpur 1820 dan sampai di Kota Kinabalu pukul 2100 dengan menaiki kapal terbang MAS.

Kami berbuka puasa di dalam kapal terbang dengan menu chicken lasagna dan ayam barbeque.

Semasa di lapangan terbang KK, kami masih berasa lapar jadi beli McDonalds di balai ketibaan. Selain itu beli, dunkin donuts mayo chicken sandwich.

menaiki buggy ke pintu pelepasan kerana agak jauh
menaiki buggy ke pintu pelepasan kerana agak jauh
hadien bersedia untuk boarding
hadien bersedia untuk boarding
order mcd kerana masih lapar
order mcd kerana masih lapar

9/4/2024 (Selasa) – Hari Terakhir Puasa

Bersahur pada pukul 330AM awal sejam jika bersahur di Shah Alam pada pukul 430AM tetapi kami buka awal around 630PM. Hari puasa tidak buat apa sangat.

Pada malam hari, anak-anak keluar dengan sepupu pergi beli minuman.

10/4/2024 (Rabu) – Hari Raya Pertama (Rumah Terbuka Mama Baba )

Hari raya pertama seperti biasa akan pergi ke masjid untuk sunat hari raya. Selepas balik bermulalah sesi maaf bermaafan dan membagi duit raya.

maaf bermaafan semasa raya pertama
maaf bermaafan semasa raya pertama

Ramai keluarga datang ke rumah terbuka mama baba dan bertandang di rumah sehinggalah ke malam.

Kami juga bermain “Spot It” untuk merapatkan lagi silahtulrahim.

11/4/2024 (Khamis) – Second Day Raya (went to Papar to visit cemetry)

Breakfast: McDonalds nasi lemak dan pancake.

Hari ini jatuh deman tak dapat join pergi ke melawat kubur arwah nenek dan makcik-makcik di Papar.

Makan soto ayam masak sendiri dan ahli keluarga bermain “Spot It”

Ahli keluarga bertandang sampai ke malam.

12/4/2024  (Jumaat)- Third Day Raya (Masra open house)

 

Breakfast: Makan roti canai di Era Tanjung Era. Roti canai tak sedap. Hahaha tak akan makan lagi roti canai di sana. Kemudia dobi baju.

Tengah hari beli mercun di Servay Putatan.

Makan Malam: Pergi ke rumah terbuka sepupu makan seafood mee hoon goreng, ayam goreng dan pouri.

Selepas makan, ahli keluarga bermain mercun, bermain galah dan anak ayam dan serigala. Kemudian mereka menari poco-poco dan sumazau.

main ayam dan serigala
main ayam dan serigala

13/4/2024 (Sabtu) – Fourth Day Raya (Kakak Mas open house)

Breakfast – McDonald di Karamunsing

Kemudian beli fridge, aircond dan juga kipas dinding.

Makan Tenghari: Chicken rice shop dan minum red bean Yoyo.
Makan malam: Pergi rumah terbuka kak Mas.

Memandangkan aircond untuk ganti aircond yang sudah rosak dan beli fridge untuk ganti fridge yang dah agak lama. Saya beli aircond dan fridge di kedai Top Kinabalu, Karamunsing kerana harga yang berpatutan. Selain itu saya ada beli kipas dinding.

beli fridge LG di top kinabalu karamunsing
beli fridge LG di top kinabalu karamunsing
beli aircond daikin 1hp di top kinabalu karamunsing
beli aircond daikin 1hp di top kinabalu karamunsing

 

yoyo red bean
yoyo red bean

14/4/2024 (Ahad) – Duduk Rumah

Breakfast:  Makan roti canai di Anak Mami Sempelang, Sembulan macam biasa servis lambat dan kali ini roti canai tak sedap sangat.

Tukar kipas dinding denga dua standing fan kerana mama tak suka kipas dinding kerana nampak buruk kalo pasang nanti.

Selain itu beli bunga api di Karamunsing yang kebetulan ada dijual di sana.

My wife bawa anak-anak ke pantai Tanjung Aru.

 

makan kentang gulung di pantai tanjung aru
makan kentang gulung di pantai tanjung aru

15/4/2024 (Isnin)- Transfer Tanah

Breakfast – Makan soto ayam di Malindo

Buat pengesahan kad pengenalan di UTC Kota Kinabalu. Pemasangan aircond Daikin oleh kontraktor.

Tengah Hari – Kopi Ping kueh teow goreng

Selepas makan tengah hari, memohon surat pengesahan anak negeri di Wisma Tun Fuad. Kemudian pergi Damai untuk cari suis berkembar dan kemudian minum petang di Daily Coffee, Aeropod KK.

Makam Malam – Borenos

jabtan tanah dan ukur negeri sabah
jabtan tanah dan ukur negeri sabah
kueh teow goreng kopi ping
kueh teow goreng kopi ping
pasang aircond daikin 1hp
pasang aircond daikin 1hp

 

ayam goreng borenos
ayam goreng borenos

16/4/2024 (Selasa) – Baiki Suis Rosak & Hose Washing Machine

Breakfast roti canai di Maimunah Tanjung Aru.

Masa pagi tukar suis berkembar yang dah rosak dan tukar washing machine hos yang dah reput.

Lunch makan rumah.

Dinner makan nasi lemak di Kopi Ping tapi kali ini tidak sedap dah lah ayam mentah.

tukar suis yang dah rosak
tukar suis yang dah rosak
tukar washing machine outlet hose
tukar washing machine outlet hose

 

17/4/2024 (Rabu) – Bertolak ke Kundasang

Sewa Hyundai Staria Lite untuk 3 hari. Kos dalam RM400+ per day.

Bertolak ke Kundasang dan makan rojak ayam untuk tengah hari. Malam makan barbecue ayam dan kambing.

Selepas makan malam, bermain werewolf and human dan bermain bunga api.

tukar switch box yang dah rosak
tukar switch box yang dah rosak
ambil borang MOT di tingkat 2 bilik kebal
ambil borang MOT di tingkat 2 bilik kebal
homestay rimba residence kundasang
homestay rimba residence kundasang

18/4/2024 (Khamis) – Kundasang

Hari ini banyak tidur kerana rasa berat kepala dan demam tetapi ahli keluarga bermain “Spot It”.

Breakfast makan mee hoon dan nasi goreng yang dimasak oleh ahli kelurga.

Kemudian check in kat Ausvilla dan makan tengah hari dimasak oleh ahli keluarga.

Makan malam bersama di restoran Ausvilla, pandan chicken, sweet and sour chicken, fried squid, park choy dan fish dishes.

makan malam satu keluarga
makan malam satu keluarga

 

19/4/2024 (Jumaat)- Balik dari Kundasang

Selepas breakfast mee goreng dan hotdog, we all checked out dari Ausvilla tapi sempat hiking di sekitar Ausvilla sebelum check out.

Kemudian kitarang makan tengahari di Benjamin restoran dan kemudian melawat Spring Garder yang terletak dekat dengan Benjamin restoran.

Selepas itu, kami pergi melawat Desa Cattle Farm dan makan aiskrim yang sedap yang dibuat fresh dari susu lembu di sana.

Kami pun bertolak balik ke Kota Kinabalu dan makan pizza hut untuk makan malam.

 

benjamin restoran kundasang
benjamin restoran kundasang
spring garden kundasang
spring garden kundasang
melawat desa cattle farm
melawat desa cattle farm

20/4/2024 (Sabtu) – Beli Water Tank

Pagi cari kedai hardware jual water tank dan kembalikan Staria

Lunch: Kopi Ping

Dinner: masak mee

pulangkan kereta sewa staria
pulangkan kereta sewa staria

20/4/2024 (Ahad) – Pasang Water Tank

Ahad banyak habis masa beli batu dan pasir dan pergi dua kali trip ke kedai hardware kerana kontraktor underestimate bilangan pasir dan batu.

Untuk makan malam beli sweet and sour chicken dan siput sedut di Gayang Seafood Restaurant di Tuaran.

21/4/2024 (Isnin) – Balik KL

Breakfast: Roti canai kat Sri Muslim Putatan

Melawat kampung air dan pasang paip tanki air.

Makan Tengah Hari: chicken ball & sayur sawi masak sendiri.

Kemudian lunch lagi at McDonalds double cheese burger.

Makan Malam: kat kapal terbang ayam masak kicap.

melawat kampung air tanjung aru
melawat kampung air tanjung aru
flight tiket balik kl
flight tiket balik kl