Tahun 2020 merupakan satu cabaran baru bagi kebanyakan perantau kerana dilarang merentas negeri bagi mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam mengawal rangkaian jangkitan COVID19.
Walaupun hidangan Kuzi Ayam ini merupakan menu yang sangat rare bagi saya dan keluarga, tapi craving yang amat. Hidangan yang belum tentu 2 tahun sekali makan ni tersangatlah diingini. Kebiasaanya menu ini akan dihidangkan oleh Ibu Saudara yang mahir menyediakan juadah ini disertai dengan Roti Jala.
Oleh kerana mood raya pun kat rumah je, i was like planning to introduce to my family this dishes. Rendang already close to their heart now it is time for me introduce something new. Quite pening sebab tak pernah langsung masak dan tengok orang masak Kuzi ni. So i googled the recipe, most of post would said ‘masukkan rempah kuzi’ – … where in the heck can i find this rempah Kuzi.
Kebetulan i have cooking book yang bagitau what ingredient is in ‘rempah kuzi’ then i combine both from internet and book to improvise and create one. Alhamdulillah … menjadik. So i tak kedekutlah share sini my recipe 😉
Step 1
Potong ayam (ikut suka saiz). Perap bersama bawang putih kisar dan garam. Kemudian goreng kekuningan.
Step 2
Sediakan bahan bagi Rempah Kuzi;
- 2 sudu makan ketumbar
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 sudu makan lada hitam (serbuk)
- 1 inci kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 8 tangkai cengkih
- 3 biji buah keras (kisar)
- 1/2 inci halia (kisar)
- 1/2 inci lengkuas (kisar)
- 3 ulas bawang putih (kisar)
Step 3
Sediakan bahan gorengan. Bahan dibawah goreng dengan api kecil.
- 5 ulas bawang merah hiris halus
- kismis hitam
- Badam / Almond – rendam dalam air panas, buang kulit dan potong 2 atau 4
Step 4
Sediakan bahan-bahan lain yang akan digunakan sebelum memulakan proses memasak Kuzi Ayam.
- 1/2 potong bawang besar potong dadu
- 4 ulas bawang merah hiris halus
- 2 sudu makan cili boh
- 2 1/2 sudu makan tomato puri
- 1/2 tin susu cair
- sedikit air
- Garam dan gula
- 2 1/2 sudu makan minyak sapi
- daun pandan
- serai
Cara Memasak
- Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang besar dan merah sehingga kekuningan.
- Masukkan bersama rempah dan bahan yang telah dikisar (step 2)
- Masukkan cili boh + tomato puri + daun pandan dan serai (kacau sehingga pecah minyak)
- Campurkan bahan gorengan (step3) dan ayam (step 1)
- Gaulkan bahan2 tersebut kemudian campurkan susu cair dan sedikit campuran air. (api kecil)
- Tambah garam serta gula.
- Siap!.