Nasi Ayam merupakan menu yang paling ideal for kids. So sempena cuti Maulidur Rasul ni masakan yang mudah untuk disediakan ni dijadikan menu for lunch.
Resipi seperti di bawah;
- Sediakan Sup
Bahan: Ayam (pilih parts yang disukai), sup bunjut, 1 labu bawang besar (potong 4), 3 ulas bawang putih (ketuk), 3 inch Halia (ketuk)
Cara Memasak: Rebus semua bahan diatas. Sebahagian air rebusan digunakan untuk memasak nasi. Keluarkan ayam (asingkan). Lebihan untuk dijadikan sup kena improvise dengan tambah kiub ayam knorr, hirisan daun sup dan bawang serta bawang goreng.
2. Penyediaan Ayam
Ayam rebusan sup tadi diasingkan.
Perap bersama sos tiram, kicap cair, kicap manis dan madu
goreng api kecil.
3. Penyediaan Nasi Ayam
Bahan: Beras (basuh dan tos), air rebusan ayam, 3 ulas hirisan bawang merah, 2 ulas hirisan bawang putih, 1 inci halia ketuk, daun pandan (simpul), kulit ayam dan sedikit garam, minyak sapi, pewarna kuning
Cara memasak: Tumis bahan hirisan dengan minyak sapi, masuk halia dan kulit ayam. – masukkan beras dan air rebusan ayam ke dalam periuk nasi bersama bahan tumisan dan lain-lain bahan diatas kecuali pewarna. Apabila nasi telah masak baru titiskan pewarna dah gaul rata.
4. Penyediaan Sos Cili
Kisar cili merah + bawang putih + garam + gula + cuka + sos cili
5. Penyediaan kuah kicap
sedikit air rebusan sup ayam + kicap manis, kicap masin dan minyak bijan
6. Tambahkan hidangan dengan telur rebus, timun, tomato dan salad