Apa Itu Kijang Emas?
Di Mana Boleh Membeli Kijang Emas?
Kijang Emas hanya boleh dibeli diĀ cawangan Maybank yang terpilih sahaja.
Senarai cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas
Berapakah Harga Kijang Emas?
BNM ada menyenaraikan harga kijang kemas yang dikemaskini setiap hari dan harga kijang emas boleh dilihat kebelakangan sehingga ke tahun 2004.
Harga Kijang Emas yang dikemaskini setiap hari
Pengiraan Spread Kijang Emas
1 |
(Harga Jualan - Harga Belian) / Harga Belian x 100% |
Spread Kijang Emas 1 auns = 4.00%
Spread Kijang Emas 1/2 auns =5.99% (49% lagi tinggi dari spread 1 auns)
Spread Kijang Emas 1/4 auns = 7.92% (98% lagi tinggi dari spread 1 auns)
Apa Perlu Dibuat Sebelum Membeli Kijang Emas
Anda hanya perlu pastikan mempunyai jumlah yang cukup di akaun Maybank anda untuk membuat pembelian Kijang Emas. Pembelian hanya boleh dibuat melalui “transfer” duit dari akaun Maybank anda. Pembelian secara wang tunai tidak dibenarkan.
Seperti biasa, pastikan anda membawa kad pengenalan anda.
Pastikan anda datang pada masa pagi dalam 10am supaya urusan dapat berjalan dengan cepat. Saya pernah beli masa tengah hari dan terpaksa menunggu selama sejam kerana pegawai Maybank yang bertanggungjawap keluar makan tengah hari.
Apa Patut Dibuat Selepas Membeli Kijang Emas?
Selepas membeli Kijang Emas, pastikan anda laminate resit pembayaran Kijang Emas Maybank. Ini memudahkan anda menjual balik Kijang Emas anda.
Jika anda terhilang atau terosak resit pembelian tersebut, anda perlulah membayar cukai setem sebanyak RM10. Jika ada resit, anda tidak perlu membayar cukai setem tersebut.
Kenapakah Saya Membeli Emas?
Ini kerana Amerika Syarikat banyak mencetak wang untuk menanggung segala peperangan yang ditanggungnya seperti Rusia-Ukraine, Israel, Afghanistan dan sebagainya.
Pencetakan wang yang banyak akan menyebabkan inflasi. Hanya emas dapat simpan nilai dengan baik.
Contoh selepas pencetakan duit yang banyak kerana krisis kewangan Amerika 2008, harga emas telah naik. Saya beli emas pada harga RM1,789 pada tahun 2009, sekarang emas telah naik sampai RM5,590 iaitu CAGR 8.49%.