Semak Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Bentong – Menggunakan PBTPay

Sebelum ini kita hanya boleh membayar cukai taksiran onine Majlis Perbandaran Bentong menggunakan PahangGo.

Sekarang pembayaran boleh dibuat menggunakan PBTPay.

Semak Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Bentong Menggunakan PBT Pay

https://pbtpay.kpkt.gov.my/

Saya lagi suka menggunakan PBTPay kerana PahangGo memerlukan kita top up duit ke dalam akaun PahangGo macam ala-ala Starbucks kad.

Cuma kita hanya boleh top up pada jumlah tertentu sahaja dan bukan jumlah yang tepat. ini membuatkan kita akan ada terlebih duit yang disimpan dalam PahangGo.

Login atau Buka Akaun Baru PBTPay

semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong - daftar masuk
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong – daftar masuk

Pilih Majlis Perbandaran Bentong & Masukkan No Akaun Anda

semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong - pilih bentong
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong – pilih bentong

Hasil Semakan Akan Menunjukkan Jumlah Yang Perlu Dibayar

semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong - hasil semakan
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong – hasil semakan

Sila Klik Add to Favorite Untuk Memudahkan Anda Membuat Semakan Di Masa Hadapan

Bila klik “Bil Pilihan” anda akan nampak Cukai Takisran yang anda telah simpan sebagai “favorite”

semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong - bil pilihan
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong – bil pilihan

Semak Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)

Anda boleh menyemak cukai taksiran semasa anda dengan melawat laman sesawang Majlis Bandaray Petaling Jaya – Semak Cukai Taksiran

Masukkan Nombor akaun anda dan tekan semak.

semak cukai taksiran majlis bandaraya petaling jaya
semak cukai taksiran majlis bandaraya petaling jaya

Bil Cukai Taksiran anda akan dipaparkan seperti berikut.

semak cukai taksiran majlis bandaraya petaling jaya - bil
semak cukai taksiran majlis bandaraya petaling jaya – bil

 

 

Semak Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Bentong Pahang

Memandangkan MCO agak susah nak dapatkan cukai taksiran, jadi terpaksa semak cukai taksiran online. Majlis Perbandaran Bentong, Pahang menyediakan perkhidmatan semakan cukai taksiran online melalui mobile aplikasi PahangGo

Mula-mula muat turun aplikasi PahangGo.

majlis perbandaran bentong cukai taksiran website
majlis perbandaran bentong cukai taksiran website

Selepas itu, buka aplikasi PahangGo kemudian klik Pay

semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong - klik pay pahang go
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong – klik pay pahang go

Pilih Majlis Perbandaran Bentong

semak cukai taksiran - majlis perbandaran bentong - pahang go
semak cukai taksiran – majlis perbandaran bentong – pahang go

Pilih Assessment Tax

semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong pahang go - assessment tax
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong pahang go – assessment tax

Selepas Memasukkan Akaun Cukai Taksiran Anda, Maklumat Bil Cukai Taksiran Akan Dipaparkan

semak cukai taksiran - majlis perbandaran bentong - pahang
semak cukai taksiran – majlis perbandaran bentong – pahang
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong pahang go - bill terperinci
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong pahang go – bill terperinci

 

Selepas Membuat Bayaran, Status Bil Cukai Taksiran ke “Paid”

semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong pahang go - paid bills
semak cukai taksiran majlis perbandaran bentong pahang go – paid bills

Semak Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Shah Alam MBSA

Saya puas mencari kat Google (menggunakkan desktop) pautan untuk semakan cukai taksiran Majlis Bandaray Shah Alam (MBSA). Malangnya tak jumpa.Tapi bila Google menggunakan phone jumpa pula pautan untuk menyemak cukai taksiran.

Pautan tersebut: https://pbtpay.kpkt.gov.my/

Pilih Majlis Bandaraya Shah Alam

semak cukai taksiran majlis bandaraya shah alam MBSA - cari shah alam
semak cukai taksiran majlis bandaraya shah alam MBSA – cari shah alam

Masukkan Akaun anda & Keputusan Semakan akan dipaparkan

semak cukai taksiran majlis bandaraya shah alam MBSA - hasil semakan
semak cukai taksiran majlis bandaraya shah alam MBSA – hasil semakan

 

Surat Rayuan Pengurangan Cukai Taksiran Majlis Perbandaran

Saya amat terkejut dengan kadar cukai taksiran di Bentong sebanyak RM1,077.30 setahun untuk sebuah kondominium bersaiz 818 kaki persegi.

Ianya amatlah mahal jika dibandingkan dengan kadar cukai taksiran di Shah Alam di mana rumah teres hanyalah RM280.80.

Disertakan contoh surat bantahan cukai taksiran untuk mereka yang ingin menyerahkan bantahan kepada mana-mana majlis perbandaran.

Contoh Surat Bantahan Cukai Taksiran

contoh surat bantahan cukai taksiran majlis perbandaran
contoh surat bantahan cukai taksiran majlis perbandaran

Klik sini untuk contoh dalam PDF surat bantahan cukai taksiran Majlis Perbandaran.

Proses Bantahan

  1. Majlis Perbandaran akan menghantar surat kepada pemilik mengenai kadar cukai taksiran yang dikenakan.
  2. Pemilik hendaklah menghantar surat bantahan kepada Majlis Perbandaran
  3. Menghadiri sesi bantahan dan menerangkan dari segi fakta kenapa pemilik menganggap cukai taksiran adalah tinggi seperti perbandingan dengan Majlis Perbandaran yang lain.
  4. Majlis Perbandaran akan menggunakan akta kerajaan negeri tempatan untuk mempertahankan kadar cukai taksiran yang diberi.
  5. Majlis Perbandaran akan menghantar surat mengenai pengurangan atau mengekalkan kadar cukai taksiran selepas sesi bantahan tersebut.
  6. Jika Majlis Perbandaran telah menghantar bil cukai taksiran  anda hendaklah membayar terlebih dahulu.Jika bantahan cukai taksiran berjaya, Majlis Perbandaran akan mengubah dan mengambil kira bayaran yang terlebih untuk bayaran bil akan datang.

Pengalaman Menghadiri Sesi Bantahan Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Bentong pada 23 September 2020

sesi bantahan cukai taksiran majlis perbandaran bentong 23 september 2020
sesi bantahan cukai taksiran majlis perbandaran bentong 23 september 2020
cukai taksiran majlis perbadaran bentong 2020
cukai taksiran majlis perbadaran bentong 2020

Majlis Perbandaran Bentong masih membenarkan pemilik untuk hadir sesi bantahan walaupun tidak menghantar surat. Cukup hanya menghantar email sebelum sesi bermula.

Sesi dimulakan dengan pengenalan kepada ahli-ahli majlis perbandaran yang hadir untuk mendengar sesi bantahan.

Pemilik menerangkan kenapa kadar cukai taksiran dianggap tinggi:

  • Perbandingan dengan kadar cukai taksiran Majlis Perbandaran yang lain
  • Fakta yang berkaitan dengan peribadi contoh telah  bersara, kos hidup yang tinggi.
  • Skop kerja Majlis Perbandaran tidak banyak terutama untuk kondomium di mana kebersihan kawasan dan landscaping diuruskan sendiri oleh JMB.

Majlis Perbandaran akan mempertahankan kadar cukai taksiran berdasarkan akta kerajaan negeri tempatan yang telah diluluskan di mana cukai taksiran dikira berdasarkan kadar dan harga rumah.