Saya amat terkejut dengan kadar cukai taksiran di Bentong sebanyak RM1,077.30 setahun untuk sebuah kondominium bersaiz 818 kaki persegi.
Ianya amatlah mahal jika dibandingkan dengan kadar cukai taksiran di Shah Alam di mana rumah teres hanyalah RM280.80.
Disertakan contoh surat bantahan cukai taksiran untuk mereka yang ingin menyerahkan bantahan kepada mana-mana majlis perbandaran.
Contoh Surat Bantahan Cukai Taksiran

Klik sini untuk contoh dalam PDF surat bantahan cukai taksiran Majlis Perbandaran.
Proses Bantahan
- Majlis Perbandaran akan menghantar surat kepada pemilik mengenai kadar cukai taksiran yang dikenakan.
- Pemilik hendaklah menghantar surat bantahan kepada Majlis Perbandaran
- Menghadiri sesi bantahan dan menerangkan dari segi fakta kenapa pemilik menganggap cukai taksiran adalah tinggi seperti perbandingan dengan Majlis Perbandaran yang lain.
- Majlis Perbandaran akan menggunakan akta kerajaan negeri tempatan untuk mempertahankan kadar cukai taksiran yang diberi.
- Majlis Perbandaran akan menghantar surat mengenai pengurangan atau mengekalkan kadar cukai taksiran selepas sesi bantahan tersebut.
- Jika Majlis Perbandaran telah menghantar bil cukai taksiran anda hendaklah membayar terlebih dahulu.Jika bantahan cukai taksiran berjaya, Majlis Perbandaran akan mengubah dan mengambil kira bayaran yang terlebih untuk bayaran bil akan datang.
Pengalaman Menghadiri Sesi Bantahan Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Bentong pada 23 September 2020


Majlis Perbandaran Bentong masih membenarkan pemilik untuk hadir sesi bantahan walaupun tidak menghantar surat. Cukup hanya menghantar email sebelum sesi bermula.
Sesi dimulakan dengan pengenalan kepada ahli-ahli majlis perbandaran yang hadir untuk mendengar sesi bantahan.
Pemilik menerangkan kenapa kadar cukai taksiran dianggap tinggi:
- Perbandingan dengan kadar cukai taksiran Majlis Perbandaran yang lain
- Fakta yang berkaitan dengan peribadi contoh telah bersara, kos hidup yang tinggi.
- Skop kerja Majlis Perbandaran tidak banyak terutama untuk kondomium di mana kebersihan kawasan dan landscaping diuruskan sendiri oleh JMB.
Majlis Perbandaran akan mempertahankan kadar cukai taksiran berdasarkan akta kerajaan negeri tempatan yang telah diluluskan di mana cukai taksiran dikira berdasarkan kadar dan harga rumah.