Saya telah memasang pam air untuk lajukan air di unit saya di Gugusan Mawar. Masalahnya air sinki di dapur masih perlahan kerana air di dapur diambil “direct” dari meter.
Kelajuan Air Sinki Sebelum & Selepas Ambil Air Dari Water Pump
Pemasangan Paip Baru Sambung Ke Sinki Dapur
Saya terpaksa buat paip baru yang ambil dari pam air dan pada masa sama masih ambil air dari meter. Saya buat macam ini supaya dapat cek jika ada gangguan bekalan air.





