Cara Tukar Nama TNB kepada Pemilik Baru Secara Online Untuk Rumah Lelong

tnb login page

Untuk tukar nama TNB kepada pemilik baru secara online amatlah mudah untuk rumah lelong.

TNB Tukar Nama Kepada Pemilik Baru Online (https://www.mytnb.com.my/)

Pastikan anda dapatkan satu salinan bil api akaun lama untuk memudahkan anda merujuk alamat pemasangan api. Ini kerana alamat bil api selalunya tidak sama dengan alamat rumah.

Anda hanyalah perlu login ke TNB Online menggunakan username anda sedia ada. Selepas login, klik “Apply” dan ikutilah langkah-langkah online tersebut.

TNB akan menghantar email untuk meminta dokumen tambahan.

Dokumen Diperlukan

Dokumen yang perlu disediakan untuk tukar nama bagi rumah lelong.

  1. Kad pengenalan
  2. Memorandum of Sales (mengantikan S&P)
  3. Proclaimation of Sales (POS)

Bil Tertunggak Tidak Perlu Dibayar

Pemilik baru tidak perlu membayar jumlah bil tertunggak disebabkan oleh pemilik lama.

Penukaran nama mengambil masa 14 hari bekerja selepas tarikh permohonan penukaran nama. TNB akan memberikan nombor akaun yang baru.

Deposit

Bayaran deposit sebanyak RM713 akan dikenakan untuk penukaran nama.

Langkah-langkah Penukaran Akaun TNB ke Pemilik Baru Secara Online

Klik “Apply” dekat menu atas kanan.

tnb tukar nama online - apply
tnb tukar nama online – apply

Masukkan alamat rumah.

tnb tukar nama online - individual and own
tnb tukar nama online – individual and own
tnb tukar nama online rumah lelong - alamat kena betul
tnb tukar nama online rumah lelong – alamat kena betul
tnb tukar nama online - masukkan poskod dan alamat
tnb tukar nama online – masukkan poskod dan alamat

Isikan maklumat yang diperlukan seperti nama dan nombor kad pengenalan.

tnb tukar nama online - masukkan maklumat
tnb tukar nama online – masukkan maklumat
tnb tukar nama online - isikan maklumat
tnb tukar nama online – isikan maklumat

Masukan maklumat rumah anda.

tnb tukar nama online - maklumat rumah
tnb tukar nama online – maklumat rumah

Kempilkan dokumen yang diperlukan.

tnb tukar nama online - dokumen yang diperlukan
tnb tukar nama online – dokumen yang diperlukan

 

Simpan nombor rujukan TNB dan nantikan emel pengesahan dari TNB . TNB akan menukar nama dalam masa 14 hari bekerja.

tnb tukar nama - application submitted with reference number
tnb tukar nama – application submitted with reference number