Salted Egg Buttermilk Chicken

Sangat mudah untuk masak resipi ini asalkan barang yang diperlukan ada tersedia.

Mula- mula perlu marinate ayam dengan garam, tepung jagung + tepung ubi, sedikit black paper. Goreng dahulu ayam kemudian barulah boleh sediakan sosnya pula.

Bahan-Bahan untuk sos;

  1. Butter
  2. Bawang putih (potong dadu)
  3. Daun kari
  4. Cili padi
  5. Half kiub pati ayam (Brand knorr)
  6. Salted egg powder (kalau takde boleh rebus telur masin, ambil kuningnya sahaja dan lecekkan)
  7. 2 keping cheese (Brand Singles)
  8. Fresh milk
  9. Tepung jagung (mixed dgn air)
  10. Gula

Cara menyediakan sos;

Buka api kecil dan masukkan butter. Tumis daun kari sehingga naik bau dan masukkan bawang putih + cili padi + kiub ayam.

Apabila kekuningan sedikit masukkan salted egg + cheese slices + fresh milk. Sentiasa gaulkan dan ditambah tepung jagung dan gula. Ikut kepekatan yang disukai.

Last sekali barulah masukkan ayam dan gaul sekata. Siap!

Leave a Reply