Pengeluaran SSPN secara online amatlah mudah. Berikut langkah-langkah untuk keluarkan secara online dan masuk ke akaun bank pilihan anda.
Login ke SSPN
Klik Butang Pengeluaran
“Klik Sini” iaitu butang dalam kotak hijau.

Pilih Akaun Yang Anda Hendak Keluarkan Jika Ada Lebih Dari Satu

Isikan Makluman Dan Hantar Seperti Nama, Akaun Bank & No Telefon
SSPN akan maklumankan berapa maksimum duit yang boleh dikeluarkan.

Duit Akan Dikreditkan ke Akaun Bank Selepas 14 Hari Bekerja

Duit Dikreditkan Selepas 1 Hari Bekerja
Walaupun mengikut SSPN duit akan dimasukkan selepas 14 hari bekerja, tetapi saya menerima duit selepas satu hari bekerja ke akaun Maybank saya.
