Saya dapati ada satu rumah teres dua tingkat di No 71, Jalan Elektron U16/88 Denai Alam, Shah Alam telah dilelong sebanyak tiga kali.
Ini bermakna harga rumah itu telah diturunkan sebanyak 3 kali iaitu sebanyak 30% dari harga pasaran.
Rumah teres Jalan Elektron U16/88 Denai Alam adalah jenis Andira yang mempunyai 44 unit rumah.
Iklan Lelong
Setiap enam bulan harga akan diturunkan sebanyak 10% jika tidak ada pembeli.
Lelong pertama: 18/04/2023 – RM837,000
Lelong kedua: 30/10/2023 – RM754,000
Lelong ketiga: 25/04/2024 – RM679,000



Lokasi Rumah Lelong
Lokasi rumah ini dekat dengan McDonalds dan juga pusat kedai Denai Alam.


Iklan Lelong di PropertyGuru
Harga Semasa Pasaran (Transacted Price)
Harga semasa pasaran mengikut brickz.my ialah RM800k atau pada RM454 per sqft berdasarkan transaksi dari November 2022 sehingga ke November 2023.


Harga Permintaan (Asking Price)
Dari segi harga permintaan, rumah lelong itu telah diturunkan sebanyak 27% dari purata harga permintaan iaitu RM450 kps. No 2 ialah unit lelong.
No | Harga (RM) | Harga kps (RM) | Saiz Tanah (kps) | Saiz Unit (kps) | Bilik / Tandas |
---|---|---|---|---|---|
1 | 780,000 | 487.50 | 1600 (22x80) | 2100 | 4 bilik 4 tandas |
2 | 679,000 | 326.91 | 2077 | 2277 | 4 bilik 3 tandas |
3 | 730,000 | 442.42 | 1650 | 2100 | 4 bilik 3 tandas |
4 | 743,000 | 450.30 | 1650 | 2100 | 4 bilik 3 tandas |


Harga Pelancaran Andira Denai Alam
Menurut Forum Lowyat, Andira disiapkan pada tahun 2007 pada harga RM380,000.


Harga Bida Yang Menang
Maklumat terkini, rumah ini telah berjaya dibida pada 25 April 2024 dan dijual pada harga RM775,000.
Harga bukaan RM679,000 lelongan pada 25 April dan ini bermaksud terlebih bidaan sebanyak 14% dari harga buka.
Harga pasaran ialah RM930,000 (berdasarkan dari harga buka pertama iaitu RM837,000). Jadi pembeli yang berjaya dapat diskaun sebanyak 17% (RM775,000/RM930,000).
*Harga bida yang berjaya ini saya periksa dengan Yong & Rakan-rakan iaitu peguam yang bertanggungjawap menguruskan lelongan ini.