Resipi Pizza Kentang Ayam

Berikut merupakan another exploration requested by encik suami. Memang tak pernah masak karipap tapi he wanted toppings macam karipap.

Nervous at first untuk buat sebab tak tau what to use dan dengan bantuan Mr Google … wahh menjadi. lepas ni boleh buat karipap.

inti karipap
Pizza Kentang Ayam

But first thing first, i kongsi resepi seperti di bawah;

Bahan Topping (inti karipap)

  • 1 biji Bawang besar (potong dadu)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • cili kisar
  • 3 sudu besar serbuk rempah kari ayam dan daging
  • 5 biji kentang (potong dadu)
  • ayam kisar.
  • 1 kiub ayam knorr
  • Perasa – garam dan gula
  • olive oil / minyak masak

cara memasak;

  1. Panaskan minyak – tumis bawang besar (separuh) sampai kuning dan naik bau. Masukkan bawang yang dikisar tadi ( bawang merah dan putih boleh dikisar bersama). tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan cili kering blend (cili boh) dan serbuk rempah kari yang telah dicampur sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan kiub ayam + garam + gula = kacau
  3. Masukkan ayam dan kentang yang telah ditoskan + 2 cawan air supaya kentang mudah empuk. Tutup periuk agar proses masak dapat dicepatkan. Campurkan bahagian terakhir bawang besar ke dalam masakan.

 

 

Penyediaan pizza dan toppings;

Gunakan pizza base bagi yang malas nak buat sendiri atau jimat masa.

Ratakan inti ke atas pizza base. Kemudian boleh aturkan bahan lain seperti di bawah;

  • capsicum
  • bawang besar
  • thyme leaves
  • mozarella cheese

Resipi lain berkaitan pizza: