Resipi Nasi Goreng Tomyam

Long due to update blog on recipe and cookery. Sebenarnya i can say my cooking dah upgraded sket from before disebabkan pandemik COVID-19 lama sangat bertapa kat rumah macam-macam buat dari mengemas, make over, repainting sampai laa exploring resipi-resipi baru.

Slowly i will update mana-mana menu yang best and my family suka. Bila dah bosan dengan masakan bibik atau beli makanan luar mula akan google apa yang mudah dan sedap untuk di makan. Tomyam sup memang la common sangat kalau dah tak tau nak masak apa – match dengan telur dadar dan sayur pun dah cukup.

resipi nasi goreng tomyam
resipi nasi goreng tomyam

Hari ni i buat kelainan iaitu Nasi Goreng Tomyam

Pertama sekali masak nasi supaya bila nak campur dengan rencah nanti nasi tak superhot dan lembik.

Bahan – bahan;

  1. bawang merah + bawang putih + halia + cili api (kisar untuk dijadikan bahan tumisan)
  2. paste tomyam
  3. sos ikan
  4. ayam potong kecil atau ikut suka (utk siapa yang suka seafood boleh tukar accordingly)
  5. daun limau purut (hiris halus)
  6. carrot (potong mancis)
  7. sawi
  8. hirisan halus serai
  9. telur
  10. garam
  11. lada sulah
paste tomyam
ready made paste tomyam

Cara memasak;

  1. Masukkan minyak dan tumis bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, halia dan cili api) sehingga kuning keemasan.
  2. Masukkan paste tomyam dalam 3-4 sudu besar dan hirisan serai (agak mengikut banyak  nasi yang akan dicampurkan kemudian)
  3. Apabila paste dah sebati dengan bahan tumisan barulah masukkan ayam dan carrot kacau sehingga masak. Pada masa yang sama boleh masukkan sos ikan, daun limau purutdan garam.
  4. Bila ayam sudah masak baru masukkan telur – kacau (2) teknik i guna biasanya dalam kuali sama just split side untuk stir telur tanpa mix dengan rencah tadi.
  5. Kemudian campurkan sayur sawi dan nasi – gaul rata sampai perencah sebati dengan nasi.
  6. Hidangan Nasi Goreng Tomyam selesai. Boleh add on keropok, telur mata atau ayam goreng untuk dimakan bersama. Tak nak add apa pun takpe. Selamat mencuba ya!