Saya amat berpuas hati dengan Majlis Bandaraya Shah Alam kerana segala aduan saya telah diambil tindakan dengan cepat selain itu, MBSA sentiasa bagi status terkini mengenai aduan saya.
Kronologi
Aduan dibuat: 1/11/2022
MBSA makluman terima aduan: 1/11/2022 (melalui email dan SMS)
Jalan berlubang ditampal: 4/11/2022 (menerima makluman melalui SMS & email dan bila periksa memang dah ditampal.)
Ambil masa 4 hari sahaja.
Rumusan
MBSA memang cepat bertindak. Saya telah membuat beberapa aduan dan semua aduan dimakluman status dari semasa ke semasa dan dibaiki dengan cepat.
Jika terlambat, MBSA akan menelefon dan memaklumkan akan kelewatan kerja-kerja pembaikan.
Berbanding dengan Majlis Perbandaran Bentong berbulan kekadang tiada maklumat terkini. Menunggu hampir setahun sebelum jalan berlubang dibaiki.