Ayam Penyet di Rehat & Rawat Genting Sempah

Setiap kali saya balik dari Kuantan, saya singgah di R&R Genting Sempah untuk makan ayam penyet. Pertama kali saya makan agak sedap ayam penyet dan harga pun berpatutan iaitu RM8.

Gerai yang menjual ayam penyet ialah Gerai Makanan Farah.

ayam penyet di perhentian genting sempah
ayam penyet di perhentian genting sempah

Kali kedua saya makan agak mengecewakan kerana tempe tidak segar, lembik dan sambal yang terlebih pedas.

Walaubagaimanapun nasi, ayam penyet dan sup agak sedap.

Lokasi

Ayam Penyet – Gerai Makanan Farah