Banyak kucing jiran yang berak di laman rumah saya dan juga pasu bunga. Dah cuba pakai air merah tapi kucing masih juga berak. Lagipun tidak sedap mata memandang dengan botol merah yang banyak di merata rumah.
Jadi saya cuba letak sisa kopi di tempat kucing selalu berak. Lihat gambar di bawah. Kucing tidak lagi berak di depan rumah saya tapi telah beralih ke tempat jiran selepas saya letak sisa serbuk kopi di depan rumah.

Selain itu saya juga letak sisa kopi dalam pasu sebagai baja dan menghalang kucing berak dipasu bunga. Ternampak bekas tapak kaki kucing yang tak jadi berak atas pasu.

Selain untuk elak kucing berak di laman rumah, sisa kopi juga buatkan rumah anda bau wangi. Sisa kopi juga boleh didapatkan secara percuma jadi jimat duit anda.
Anda boleh dapatkan secara percuma sisa kopi ini dari Starbucks. Mereka bagi sisa kopi secara percuma.

