Baru-baru ini eletkrik rumah saya “trip”. Saya on satu-satu MCB untuk tahu mana yang satu yang membuatkan rumah elektrik saya trip.
Saya dapati autogate yang trip. Ianya terus trip walaupun tidak menggunakan autogate. Ini berkemungkinan besar ada masalah wiring dari bekalan elektrik ke autogate.
Untuk pastikan rumah dapat bekalan elektrik saya matikan MCB untuk autogate. Kemudian saya memanggil wireman untuk membaiki masalah trip ini.
Ujian Untuk Mengenalpasti Wiring Menyebabkan Elektrik Trip
Wireman mengunakan wiring asing dari MCB ke autogate. Kemudian on kan MCB autogate. Menggunakan wiring baru ini autogate tidak trip. Ini mengesahkan ada masalah wiring dari MCB ke autogate.
Selepas wiring dikenalpasti sebagai punca utama, wireman memasang wiring baru ke autogate.
Pemasangan Wiring Baru
Wiring dilindungan di dalam paip PVC supaya tidak terdedah kepada kesan matahari dan hujan.
Kos Pemasangan Wiring Baru
Pemasangan mengambil masa selama 4 jam setengah.
Jumlah kos untuk pasang wiring baru: RM310.
Nombor Telefon Wireman Yang Memperbaiki Wiring Rumah Saya
Saya sangat mengesyorkan wireman ini kerana mereka menepati masa dan kerja yang berkualiti. Selain itu senang hendak berkomunikasi dengan mereka.
Azrin – 017 376 0530