Cara Bunuh Lipas di Rumah Yang Efektif

lipas-lipas yang telah mati lepas makan racun lipas

Sebelum ini rumah saya lipas mula berkeliaran pada waktu malam terutama sekali lipas yang kecil.

Saya telah mencuba pelbagai cara seperti racun lipas gel, perangkap racun lipas dan juga meletakkan serai. Semua cara ini tidak berkesan.

Jadi saya mencuba membeli serbuk racun lipas di Lazada dan letak di tempat-tempat yang biasanya dikunjungi lipas seperti di bawah drawer kitchen cabinet.

Serbuk racun lipas ini sangat efektif. Pada mula-mula saya letak, macam beratus lipas yang mati. Kemudian lipas yang mati semakin sedikit kerana populasi lipas semakin berkurangan.

Tempat-tempat yang Sesuai untuk Letak Racun Lipas

1. Bawah drawer kitchen kabinet
2. Bawah fridge
3. Bawah mesin basuh

Serbuk Racun Lipas Yang Diletak

Tidak perlu letak banyak sangat hanya perlu letak sedikit.

Lipas-lipas yang Mati selepas makan Racun Lipas

died cockroaches under kitchen cabinet drawer
died cockroaches under kitchen cabinet drawer
died cockroach after eating the powder poison
died cockroach after eating the powder poison

Tukar Serbuk Racun Lipas setiap 2 ke 3 bulan

Pastikan anda tukar racun lipas setiap 2 ke 3 bulan. Sebelum ini saya tukar serbuk racun lipas selepas 6 bulan tetapi saya perasaan lipas semakin banyak. Selepas saya tukar setiap 2 ke 3 bulan lipas berkurangan semula.

Beli di Shopee Serbuk Racun Lipas

Hari tu saya beli di Lazada RM20 untuk 50 paket tapi produk tersebut telah dikeluarkan dari Lazada. Jadi saya bagi pautan di Shopee.

 

serbuk racun lipas yang dijual di Shopee
serbuk racun lipas yang dijual di Shopee