Baru-baru saya diaudit oleh LHDN untuk cukai tahun 2023. Jumlah yang saya kena bayar ialah dalam RM4,000. Oleh kerana jumlah yang banyak, saya mohon untuk membayar secara ansuran dengan LHDN.
Selepas mendapat kelulusan untuk membayar cukai secara ansuran, saya membuat bayaran secara online menggunakan FPX.
Bagamaimana Bayar Cukai Secara Ansuran?
1) Lawati https://byrhasil.hasil.gov.my/

2) Masukkan No Bil Atau Nombor Pengenalan Cukai (TIN)
Anda akan dapat no bil dari LHDN selepas membuat rayuan.

3) Masukkan No Bank dan Login ke Bank Anda

4) Status Berajya dipaparkan Selepas Berjaya Membuat Bayaran FPX

5) Simpan Slip Bayaran Untuk Rujukan Anda
