Saya mengalami surat yang lambat dihantar oleh Pos Laju. Surat tersebut berstatus “Parcel is being transported to next facilities” dah 3 hari.

Setahu saya Pos Laju dari Shah Alam ke Kuantan or vice versa cuma ambil masa dalam 2 hari bekerja. Ini berdasarkan pengalaman yang lepas menghantar parcel gunakan Pos Laju untuk destinasi yang sama.
Hubungi Pos Laju Segera Kalau Surat Dah Lambat
Selepas 3 hari bekerja menunggu, saya menghubungi Pos Laju melalui “chat online”. Lepas membuat aduan, status terus berubah ke esok hari ni dan menerima surat dalam masa dua hari.

Lain kali saya akan terus membuat aduan ke Pos Laju jika lambat satu hari. Tak nak dah tunggu 3 hari.
Selepas itu, Pos Laju ada menghantar emel memohon maaf di atas kelewatan mereka menghantar surat.
