Frame pintu kayu ataupun bingkai pintu kayu tandas saya telah reput. Ini kerana terdedah dengan air selepas bertahun lamanya.

Untuk frame pintu baru saya memilih jenis besi supaya lagi tahan lama.
Mengukur Frame Pintu Lama
Untuk tukar, mula-mula kontraktor akan ukur dulu frame pintu kayu untuk memastikan sama ada saiz adalah standard atau pun perlu tempah khas.
Frame pintu saya adalah standard jika tidak akan mengambil masa lagi untuk disiapkan kerana perlu menempah dengan kilang.
Pemasangan Frame Pintu Yang Baru
Selepas itu frame pintu kayu yang lama perlu ditanggalkan sebelum memasang frame pintu besi yang baru.
Pemasangan pintu frame besi yang baru memerlukan simen dan ini membuatkan rumah berhabuk.
Saya meminta kontraktor untuk mengecat warna krim frame pintu besi untuk memastikan lagi tahan lama dan sama warna dengan pintu sedia ada.





Kos Pemasangan
Kos tukar frame pintu besi, pemasangan dan cat ialah RM750. Saya menggunakan perkhidmantan AZ World Tech Solution iaitu kontraktor yang saya biasa guna untuk segala wiring dan aircond saya.
No telefon: 017 376 0530