Bil Air Selangor saya dah cecah RM174 sebulan. Ini kerana ada paip bocor. Masalanya saya tidak nampak ada kesan air di dinding. Jadi saya syaki mesti paip bocor di tanah. Saya mula cari dan baiki paip bocor pada 8 Jun 2025.
Bagaimana Nak Tahu Paip Bocor Kat Mana Menggunakan Water Pump?
Jika ada paip bocor, water pump akan sentiasa berfungsi walaupun kita tak buka mana-mana paip. Jika tak da paip bocor, water pump akan berhenti berfungsi selepas tekanan dah tinggi dan tak ada kepala paip yang dibuka.
Bagaimana Nak Tahu Di Mana Paip Bocor Menggunakan Water Pump?
Dalam rumah, air hanya diggunakan di tiga tempat
1) Dapur
2) Tandas
3) Kepala paip di porch
Dalam kes rumah teres saya, saya ada tiga tandas, 1 dapur dan satu kepala paip di porch.
Jadi saya tutup semua stopcock untuk tandas-tandas, dapur dan kepala paip di porch sambil biarkan water pump dibiarkan “on” / hidup. Water pump yang “on” tadi akan berhenti mengepam air. Jadi water pump akan senyap.
Kemudian saya, buka satu stopcock tandas dan dengar sama ada water pump mula mengepam air ke tak. Jika water pump tidak mengepam air bermakna tandas atau dapur tidak ada paip yang bocor.
Saya buka dan tutup stopcock untuk setiap tandas dan dapur sampailah kedengaran water pump mengepam air semula.
Saya dapat kesan ada paip bocor di tandas bilik utama.
Saya rasa pelik kerana tidak ada kesan air bocor di tandas utama tapi bila tutup stopcock di tandas utama, water pump berhenti mengepam air.
Bermulalah Kerja-kerja Pecah Dinding Untuk Mengesan Paip Bocor
Selepas pecah hampir semua paip dalam dinding di tandas bilik utama, masih tidak nampak air bocor sehinggalah nampak satu T yang ada paip turun ke bawah.

Dari situ baru saya tahu paip ke bawah itu sebenarnya paip ke kepala paip di porch. Ini bermakna kepala paip di porch berkongsi paip dari tandas di bilik utama.
Kerja-kerja Baiki Paip Bocor
Selepas dapat mengesan punca paip bocor, paip yang ke bawah tadi di tandas dipotong dan ditutup dan cek balik sama ada water pump masih berfungsi ke tak. Selepas saya dapati paip tidak mengepam lagi air, jadi memang sah paip bocor dekat situ.
Manakala air ke kepala paip di porch diambil terus dari meter air.
