Pengalaman Mendapat Kebenaran Pindahmilik Tanah Native Title (NT) Kota Kinabalu Sabah

Pengalaman pertama saya berurusan dengan Pejabat Tanah dan saya terpaksa berjalan dari satu tingkat ke satu tingkat dari satu bangunan ke satu bangunan untuk mendapat kebenaran pindahmilik tanah.

Saya ingin membuat pindahmilik dari bapa kepada anak-anak untuk tanah di daerah Kota Kinabalu.

Dokumen Yang Diperlukan

borang kebenaran pindahmilik nt sabah
borang kebenaran pindahmilik nt sabah

1. Salinan geran tanah yang disahkan benar oleh PPHT yang berkenaan
2. Salinan kad pengenalan pemilik yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara
3. Salinan kad pengenalan bakal pemilik yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara
4. Salinan sijil lahir bakal pemilik yang disahkan benar oleh Jabatan Pendaftaran Negara
5. Salinan Sijil Anak Negeri (SAN) yang disahkan benar oleh Mahkamah Anak Negeri

Salinan Geran Tanah Yang Disahkan Benar oleh PPHT yang berkenaan

Untuk membuat salinan geran tanah yang disahkan benar oleh Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) untuk daerah Kota Kinabalu, saya kena pergi ke bangunan PPHT yang terletak di belakang bangunan Jabatan Tanah & Ukur (JTU).

Saya kena isi borang di Bangunan PPHT dan membuat bayaran di JTU dibahagian lobby. Caj RM50 dikenakan untuk membuat pengesahan.

Selepas membuat bayaran, borang yang telah dicop tadi hendaklah dibawa semula ke PPHT. PPHT akan mengeluarkan salinan yang disahkan dalam masa 15mn dengan syarat pegawai bertugas ada dipejabat.

borang minta sahkan geran
borang minta sahkan geran
resit pembayaran akuan geran sah
resit pembayaran akuan geran sah

Salinan Kad Pengenalan & Sijil Beranak Yang Disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Untuk ini, saya pergi ke UTC Jalan Tunku Abdul Rahman. Proses amatlah sekejap dan masa menunggu untuk pengesahan tidak lama. Cuma masalah parking di UTC.

salinan kad pengenalan yang disahkan jpn
salinan kad pengenalan yang disahkan jpn

Salinan Sijil Anak Negeri (SAN) yang disahkan benar oleh Mahkamah Anak Negeri

Saya perlukan Sijil Anak Negeri (SAN) kerana emak saya sino-malay, jadi perlukan SAN. Ini selepas saya pergi ke tingkat 7, bahagian pindahmilik untuk pengesahan salinan yang saya perlukan.

Untuk pengesahan Sijil Anak Negeri, saya pergi ke Wisma Tun Fuad Stephens di Blok A, tingkat satu.

salinan sijil anak negeri pengesahan
salinan sijil anak negeri pengesahan

Penghantaran Borang

Selepas borang telah lengkap diisi dan disertakan dokumen yang diperlukan, borang tersebut perlu diserahkan di tingkat 7.

Pegawai akan memeriksa untuk memastikan borang diisi dengan betul dan dokumen yang diperlukan adalah lengkap.

Pegawai akan memberi no telefon yang patut dihubungi untuk mengetahui status kebenaran pindahmilik.

Lokasi JTU & PPHT

Lokasi JTU

Lokasi PPHT