Peraturan Jika Berlaku Gangguan Air Berjadual

Di Selangor ini telah banyak berlaku gangguan bekalan air yang agak lama sehingga 2 ke 3 hari. Air tangki saya hanya bertahan penggunaan selama dua hari jika guna air seperti biasa.
Saya dah standby letak air di dalam tong air di porch rumah saya. Setiap kali ada gangguan bekalan air akan letak air di dalam baldi kat tandas.
Untuk menjimatkan air semasa gangguan bekalan air berjadual, saya telah membuat peraturan untuk seisi keluarga.

Peraturan

1) Tidak boleh mandi guna water pump, nak air laju mandi di toilet bawah
2) Kalau buang air kecil, guna air baldi, siram dengan dua kali gayung
3) Kalau nak buang air besar, guna toilet bawah, jangan on water pump
4) Jangan siram bunga
5) Berus gigi guna air baldi
6) Jangan basuh baju, hantar ke dobi
7) Tidak perlu masak
8) Minum air sejuk ambil air dari botol air dalam fridge (ambil siap-siap air dari coway masuk dalam botol dan letak dalam fridge)
9) Ambil wudhu dari baldi, letak dalam gayung