Saya kena serangan jantung pada usia 47 tahun pada malam 8 Mac 2025 iaitu pada bulan Ramdahan. Saya kena selepas berbuka puasa iaitu dalam 8 malam.
Tanda-tanda Serangan Jantung
Rasa serangan seperti ada papan diletak di atas dada. Buatkan saya susah bernafas dan susah nak berdiri. Jadi saya baring dengan harapan rasa sakit hilang. Saya ingat saya kena Gerd. Ini kerana rasa serangan jantung saya sama cam saya pernah kena serangan Gerd yang kronik.
Jadi untuk kurangkan rasa tekanan di dada saya makan nexium iaitu sejenis ubat untuk kurangkan Gerd. Saya yakin ini gerd kerana puasa jadi timing makan yang lari buatkan banyak acid reflux.
Dikejarkan ke Hospital Ara Damansara
Dekat pukul 11 malam lebih, rasa tekanan di dada tak hilang-hilang saya minta isteri bawa saya ke Hospital Ara Damansara.
Sampai je di emergency, dan bagitau rasa sakit di dada, jururawat dan doktor dengan cepat “attend my case”. Saya pun rasa pelik kenapa servis gini laju sebelum ni pergi emergency ke hospital yang sama saya kena tunggu untuk isi borang dan giliran.
Saya bagitau saya kena gerd kronik tapi doktor tetap ambil darah untuk buat ujian jantung dan untuk kurang risiko semantera tunggu keputusa, doktor tetap bagi ubat jantung. Rasa sakit di dada mula hilang selepas makan ubat.
Selepas keluar keputusan darah, confirm saya diserang sakit jantung. Doktor pakar jantung memberitahu yang darah yang patut ada dalam jantung telah ada dalam saluran darah saya yang menandakan saya kena serangan jantung.
Saya pun disarankan untuk buat anglioplasty pada esok harinya untuk cek berapa saluran yang tersumbat dan untuk letak belon ke dalam saluran.
Masuk ke ICU Untuk Pemantauan
Saya dimasukkan di ICU untuk dipantau takut jika diserang sakit jantung lagi sekali.


Masa di ICU saya diminta untuk buang air besar and air kecil di bekas yang disediakan. Tidak dibenarkan ke tandas kerana takut saya tumbang.
Angioplasty Prosedur
Doktor melakukan angioplasty procedure pada 10 Mac 2025. Saya banyak berdoa dari semalam supaya semua berjalan lancar. Masa prosedur dijalankan saya dalam keadaan para sedar dan agak mamai.
Prosedur tidak rasa sakit sangat hanya kekadang rasa sakit masa doktor masukkan kabel ke tangan kanan.
Selepas prosedur Angioplasty saya dimasukkan semula ke ICU untuk pemantauan. Saya stay lagi di ICU untuk satu malam sebelum di masukkan ke wad.
Masuk Ke Wad
Selepas keadaan saya yang stabil, doktor pakar pindahkan saya ke wad. Doktor menunjukkan dua saluran jantung saya yang tersumbat lebih dari 95% dan selepas prosedur angioplasty.

Saya stay lagi satu malam di wad sebelum dibenarkan keluar. Saya minta keluar cepat kerana rasa bosan duduk dalam wad.
Jumlah Kos Hospital dan Rawatan
Kos hospital dan rawatan dalam RM45k++ sib baik kos ditanggung oleh syarikat tempat saya kerja.
Bagi saya, saya kena pada usia muda maybe kerana pemakanan dan juga tekanan kerja. haha