Saya mengecat semula pagar rumah saya kerana adanya kesan karat dan cat pagar yang dah pudar. Saya memilih cat yang sama warna dengan warna cat sebelum ini tetapi bila cat warna coklat tu agak cerah berbanding dengan cat sebelum ini.
Saya teruskan cat semua pagar kerana dah beli 1 liter cat Nippon Paint pada harga RM48. Nanti bazir pulak kalau tak pakai.
Saya mulakan cat pada petang Jumaat dalam pukul 430PM – 10 Mei 2024 dan siap cat separuh pagar pada pukul 6PM.
Saya sambung cat pada pagi Ahad dalam 830AM dan siap cat dalam pukul 10AM.
Menggunakan cat Nippon Paint Colourlite sangatlah mudah macam sapu keju atas pagar kerana cat yang agak pekat. Selalunya cat cair. Cat yang cair ambik masa nak mengecat.
Selain itu cat Nippon Paint ini cepat kering. Selepas saya cat, hujan turun renyai-renyai tetapi cat tidaklah rosak seperti yang saya jangkaan.
Saya juga dibantu oleh anak saya Hadien dalam kerja-kerja mengecat ini.