Kejohanan Memanah MSSD Petaling Perdana 2025

Kejohanan Memanah MSSD Petaling Perdana 2025 yang diadakan pada 21 hingga 25 Julai di SMK Shah Alam.

Hadien mewakili SK Bukit Jelutong Wolfpack untuk kategori. bawah 12 Lelaki. U12 Lelaki bermula pada hari Selasa 22 Julai 2025.

Persiapan Sebelum Kejohanan

Hadien berlatih pada 21 Julai sehari sebelum kejohanan di SK BJ. Berlatih dalam pukul 5PM sampai dalam 7PM++

Dapat teknik minit-minit terakhir untuk dapat kuning pada jarak 40M iaitu

1) Sentiasa tarik semasa anchor sampai clicker bunyi
2) Tangan yang pegang panah jangan jatuhkan sampai panah sampai ke target butt.
3) Masa pre draw kena rasa back tension
4) Follow through tangan sampai ke belakang
5) Masa pre draw, draw arm tidak terlalu dekat di mulut untuk kurangkan pergerakan kepala

dien berlatih sehari sebelum kejohanan
dien berlatih sehari sebelum kejohanan

Kejohanan Lelaki Bawah 12 Tahun – 22 Julai

Datang seawal 7 pagi untuk membuat persiapan dan warming up.

Warming up bersama teman-teman sepasukan untuk kurangkan injury dah muscle ready untuk memanah.

Keputusan Memanah Lelaki Bawah 12 Tahun

Hadien mendapat tempat ke 13. Hadien menyasarkan untuk masuk top 5 tapi tidak kesampaian kali ini. Walaubagaimanapun dia memang telah berusaha keras dari praktis memanah hingga buat fitness tiap-tiap hari seperti push up, squat, dead hang dan sebagainya.

Untuk acara kumpulan SKBJ Wolfpack berjaya mendapat tempat kedua masa Qualification Round. Hadien salah seorang dalam pasukan SKBJ yang akan bertanding untuk acara kumpulan pada hari Jumaat, 25 Julai.

keputusan individu U12B MSSD Petaling Perdana
keputusan individu U12B MSSD Petaling Perdana

Persiapan Untuk Acara Kumpulan – 24 Julai

Untuk acara kumpulan SKBJ diwakili oleh Hadien (D5), Rayyan (D5) dan Danish (D6).

Latihan untuk dapatkan susuna shoot untuk pemanah supaya dapat shoot dalam 20s.

Susunan yang dibuat ialah Hadien shoot dulu diikuti dengan Rayyan dan akhir sekali Danish. Ini kerana Hadien ambil masa untuk shoot manakal Danish boleh shoot dalam masa yang singkat.

hadien rayyan n danish berlatih untuk team competition sehari sebelum
hadien rayyan n danish berlatih untuk team competition sehari sebelum

Acara Kumpulan U12 Lelaki – 25 Julai

Bergambar selepas berjaya mengalahkan pasukan dari SK USJ12. Kemenangan mudah untuk SKBJ Wolfpack

bergambar bersama SK USJ12 selepas SKBJ mengalahkan USJ12
bergambar bersama SK USJ12 selepas SKBJ mengalahkan USJ12

U12B SKBJ Wolfpack kalah tipis dengan SRAI DM Yusof Sahabuddin. Pada hujung N, Hadien ambil masa agak lama untuk shoot sehingga Danish hanya ada 3-5 second untuk shoot buatkan shooting Danish tersasar ke 6 (biru).

Acara yang agak tense tapi menghiburkan ternampak team SRAI DM Yusof Sahabuddin agak panik tetapi team SKBJ Wolfpack agak cool dan steady.

Selepas bertanding pasukan SRAI DM Yusof Sahabuddin mengatakan acara pasukan yang best kerana agak sengit.

keputusan pasukan U12B MSSD Petaling Perdana 2025
keputusan pasukan U12B MSSD Petaling Perdana 2025

Upacara Penyampai Hadiah Selepas Acara Pasukan – 25 Julai


Hadien dan Rayyan berlatih di Fourway Archery Club yang diajar oleh Coach Zahin.

antara pemenang MSSD Petaling Perdana 2025 bersama coach zahin
antara pemenang MSSD Petaling Perdana 2025 bersama coach zahin

Terus Berlatih Selepas Kejohanan Memanah MSSD Petaling Perdana 2025

Hadien yang tidak putus asa dan gigih berlatih untuk mencapai cita-cita dia jadi jaguh memanah pada satu hari nanti. Minat betul dia dengan memanah.

berlatih lagi selepas kejohnan memanah
berlatih lagi selepas kejohnan memanah

Artikel Mengenai Pengalaman MSSD Petaling Perdana 2024