Astro Kem Badminton 2022 kali ini diadakan di gelanggang badminton Sunsuria Kota Damansara.
Berlangsung pada 16 & 17 Julai 2022 dari 8pagi sampai ke 3:30 petang.
Tak silap saya ada 3 sesi diadakan iaitu:
Sesi 1 – 830AM – 10AM
Sesi 2 – 1030AM – 12PM
Sesi 3 – 1230PM – 3:30PM
Hanya kanak-kanak berumur dari 10 tahun ke 12 tahun dibenarkan menyertai kem badminton ini.
Tiada bayaran dikenakan untuk menyertai kem badminton ini. Selain itu mendapat T-shirt percuma Astro Kem Badminton.
Pastikan membawa myKid anak anda kerana Astro ingin memeriksa sama ada anak anda layak dari segi umur.
Selain itu, pastikan anda ingat nombor akaun Astro anda kerana ianya diperlukan masa pendaftaran nanti.
Kem badminton ini bertujuan mencari bakat muda badminton untuk mengikuti latihan badminton professional yang ditaja oleh Astro.
Semasa kem badminton, peserta diuji dan diberi markah berdasarkan membuat servis dekat dan jauh, smash, drop dan pukulan ke belakang.
6 Peserta yang mendapat markah tertinggi akan diumumkan selepas sesi berakhir. Manakala peserta lain akan menerima SMS pada hari yang sama sebelum 6PM.
Jika tak dapat SMS, bermakna tidak layak ke pusingan seterusnya.
Sertai Astro Kem Badminton 2022
Pendaftaran
Ramai kanak-kanak yang mengikuti kem badminton ini untuk mencuba bakat mereka. Ibu bapa pun bersemangat memberi pendedahan awal kepada anak-anak mereka.





Sesi Uji Bakat Bermula
Sesi uji bakat berlansung selama 1 jam setengah

