Saya telah membuat laporan berkaitan jalan berlubang di Genting Permai kepada Majlis Perbandaran Bentong (MPB) pada tahun 2020.
Malangnya tiada tindakan dari MPB selepas setahun lebih. Mungkin kerana Covid-19 menyebabkan kerja-kerja pembaikan lambat tetapi bila saya laporkan jalan berlubang di Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam hanya mengambil masa satu bulan untuk baiki jalan walaupun masa itu berlaku Covid-19 pada tahun 2020.
Selepas itu walaupun tiada tindakan tetapi tiket laporan telah bertukar status ke selesai. Saya ingat memang selesai tapi bila tengok jalan masih berlubang.
Saya terpaksa meminta bantun YB Young Syefura untuk menggesa MPB mencepatkan pembaikan jalan kerana jalan berlubang semakin teruk.
Alhamdulillah, YB Syefura menjawap dengan cepat dan selepas 3 bulan mengadu kepada YB Syefura, MPB telah membaiki jalan. Saya sangat berterima kasih kepada YB Syefura atas tindakan beliau. Selepas jalan dibaiki PA YB Syefura, Mandy telah menghubungi saya untuk mengesahkan jalan telah dibaiki. Perkhidmatan yang baik dari pejabat YB Syefura.
Teruskan usaha menjaga kawasan DUN Ketari, YB Syefura!
Kronologi
1. Laporan pertama dibuat pada Oktober 2020.
2. Laporan kedua dibuat pada Mac 2021
3. Email kepada YB Syefura mohon campurtangan pada Disember 2021.
4. Jalan telah diturap semula pada bulan Mac 2022.




Tindakan Susulan dari Pejabat YB Syefura
