Tangki Air Rumah Bocor? Bagaimana nak pastikan?

Baru-baru ini, tiba-tiba air mengalir dari tempat terletaknya tangki air rumah saya.

Memandangkan banyak juga air yang mengalir saya memanggil “plumber” yang saya baru kenal. Saya namakan dia plumber #1.

siling lembab air bocor dari lantai tangki air
siling lembab air bocor dari lantai tangki air
air bocor melimpah sampai ke lantai
air bocor melimpah sampai ke lantai
air bocor dari dinding tempat tangki air
air bocor dari dinding tempat tangki air

Plumber #1 – Air Tangki Bocor!

Setiap kali, ada kerosakan saya akan minta plumber atau handyman untuk tunjukkan gambar dan video benda yang rosak.

Plumber #1 mengatakan selepas check tangki air bocor dan menunjukkan video lantai penuh dengan air. Saya tanya tak nampak pun air bocor dari tangki. Dia cakap ada bila rasa pakai tangan tapi tak dapat nak ambik gambar.

Dia cakap untuk replace tangki air yang bocor RM2,500. Dia bagi murah RM2,200. Saya tanya dia kenapa tak boleh tampal.

Plumber #1 cakap kalo bocor kat bawah tampal tak tahan lama. Mula-mula saya tak nak ambil, saya nak tunggu hari Ahad je bila plumber yang saya percayai @ Rudy available untuk membuat pemeriksaan. Tetapi memandangkan air banyak jugak mengalir saya membuat keputusan untuk mengupah plumber #1. Cuma syarat saya dia keluar duit semua dulu dan dah siap saya bayar.

Saya cakap terus terang saya baru kenal dia jadi kepercayaan tu tak ada lagi.

Selepas dia balik tak lama lepas itu, dia telefon saya, tangki boleh tampal. Saya tanya dia balik, tadi cakap tak boleh tampal. Plumber #1 cakap dia ada kawan expert boleh tampal hanya RM1,000. (dalam hati saya tampal selalunya orang minta RM400 je)

Selepas dia cakap cam tu saya terus cakap cancel kerja repair saya minta second opinion. Kemudian dia cakap dia bagi RM850. Saya bertegas tak nak proceed.

Plumber #2 – Membuat Pemeriksaan & Paip yang Bocor

Plumber #2 iaitu Rudy siap ambil video dan bagitau yang paip yang bocor dan tangki air tak bocor antara buktinya panel kayu tempat duduk tangki air adalah kering.

Kesimpulan

Hati-hati bila ambil plumber baru dan tiba-tiba nak caj mahal. Lagi baik dapatkan second opinion. Biorlah lambat dari rugi beribu ringgit.

Plumber #2 – Rudy hanya kenakan bayaran RM180 sahaja vs plumber #1 RM2,200.

Alhamdulillah, saya tak kena tipu orang.

No telefon plumber #2 – Rudy

011 3310 8757