Tukang Paip @ Plumber Shah Alam Denai Alam Bukit Jelutong Yang Murah & Boleh Dipercayai

Baru-baru ini air menitik dari siling rumah saya di Denai Alam, Shah Alam. Saya tahu mesti ada paip bocor yang terletak di atas siling. Rumah di Denai Alam menggunakan paip ABS jadi lagi senang bocor dari paip PVC ataupun hansen.

denai alam - air bocor menitik dari siling
denai alam – air bocor menitik dari siling

denai alam paip bocor dari jenis ABS
denai alam paip bocor dari jenis ABS

Untuk masalah paip bocor saya akan panggil tukang paip / plumber yang saya biasa guna iaitu Rudy. Rudy adalah orang yang boleh dipercayai selain itu harga pun berpatutan.

Saya pernah dapat tukang paip yang cuba menipu nak caj mahal dan baiki benda yang tidak rosak tapi cakap rosak. Sejak itu, saya hanya panggil Rudy dan sanggup tunggu walaupun tahu dia banyak jobs.

Hubungi Tukang PaipĀ  / Plumber

Nama: Rudy
Telefon: 011 3310 8757

Rudy Baiki Paip Yang Bocor

1) Paip ABS bocor pada bahagian elbow paip.
2) Tukar ke hansen, tak nak pakai ABS takut senang bocor lagi
3) Pembaikan mengambil masa dalam 1jam 30 minit.

saluran paip di bumbung rumah
saluran paip di bumbung rumah
shah alam tengah baiki paip yang bocor
shah alam tengah baiki paip yang bocor
shah alam denai alam paip hansen ganti abs
shah alam denai alam paip hansen ganti abs
denai alam paip ditukar ke hasnen paip dari abs
denai alam paip ditukar ke hasnen paip dari abs

Kos Pembaikan

1) Paip hansen 7 kaki, socket PVC x2 dan socket hansen x1 dan elbow hansen x1 : RM75
2) Upah: RM130

Jumlah: RM205

hansen socket and elbow
hansen socket and elbow
paip hansen 7 kaki
paip hansen 7 kaki

 

Tangki Air Rumah Bocor? Bagaimana nak pastikan?

Baru-baru ini, tiba-tiba air mengalir dari tempat terletaknya tangki air rumah saya.

Memandangkan banyak juga air yang mengalir saya memanggil “plumber” yang saya baru kenal. Saya namakan dia plumber #1.

siling lembab air bocor dari lantai tangki air
siling lembab air bocor dari lantai tangki air
air bocor melimpah sampai ke lantai
air bocor melimpah sampai ke lantai
air bocor dari dinding tempat tangki air
air bocor dari dinding tempat tangki air

Plumber #1 – Air Tangki Bocor!

Setiap kali, ada kerosakan saya akan minta plumber atau handyman untuk tunjukkan gambar dan video benda yang rosak.

Plumber #1 mengatakan selepas check tangki air bocor dan menunjukkan video lantai penuh dengan air. Saya tanya tak nampak pun air bocor dari tangki. Dia cakap ada bila rasa pakai tangan tapi tak dapat nak ambik gambar.

Dia cakap untuk replace tangki air yang bocor RM2,500. Dia bagi murah RM2,200. Saya tanya dia kenapa tak boleh tampal.

Plumber #1 cakap kalo bocor kat bawah tampal tak tahan lama. Mula-mula saya tak nak ambil, saya nak tunggu hari Ahad je bila plumber yang saya percayai @ Rudy available untuk membuat pemeriksaan. Tetapi memandangkan air banyak jugak mengalir saya membuat keputusan untuk mengupah plumber #1. Cuma syarat saya dia keluar duit semua dulu dan dah siap saya bayar.

Saya cakap terus terang saya baru kenal dia jadi kepercayaan tu tak ada lagi.

Selepas dia balik tak lama lepas itu, dia telefon saya, tangki boleh tampal. Saya tanya dia balik, tadi cakap tak boleh tampal. Plumber #1 cakap dia ada kawan expert boleh tampal hanya RM1,000. (dalam hati saya tampal selalunya orang minta RM400 je)

Selepas dia cakap cam tu saya terus cakap cancel kerja repair saya minta second opinion. Kemudian dia cakap dia bagi RM850. Saya bertegas tak nak proceed.

Plumber #2 – Membuat Pemeriksaan & Paip yang Bocor

Plumber #2 iaitu Rudy siap ambil video dan bagitau yang paip yang bocor dan tangki air tak bocor antara buktinya panel kayu tempat duduk tangki air adalah kering.

Kesimpulan

Hati-hati bila ambil plumber baru dan tiba-tiba nak caj mahal. Lagi baik dapatkan second opinion. Biorlah lambat dari rugi beribu ringgit.

Plumber #2 – Rudy hanya kenakan bayaran RM180 sahaja vs plumber #1 RM2,200.

Alhamdulillah, saya tak kena tipu orang.

No telefon plumber #2 – Rudy

011 3310 8757